Pasangan daif bakal terima rumah

Iklan
Keadaan bangsal Hanafi dan Patmah yang menjadi tempat penginapan pasangan suami isteri ini.

MUAR - Kedaifan pasangan suami isteri yang menghuni bangsal usang sebagai tempat berteduh bakal berakhir apabila kediaman lebih selesa akan dibina.

Adun Bukit Pasir, Kapten Najib Lep berkata, setakat ini, pihaknya dimaklumkan Hanafi Abdullah, 70, dan isteri, Patmah Abdullah 51, layak memiliki rumah sempurna.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kediaman itu akan dibina hasil bantuan Baitulmal dan Majlis Perbandaran Muar (MPM).

"Sebelum ini, bantuan rumah untuk pasangan ini sukar dilakukan kerana status tanah dihuni milik orang lain. Saya selaku wakil rakyat di sini beri perhatian terhadap masalah mereka, namun ia mengambil sedikit masa.

Iklan

"Bagaimanapun, dengan bantuan agensi berkaitan mempercepatkan lagi proses pembinaan rumah setelah empunya tanah memberikan keizinan. Syukur kerana pasangan ini boleh jalani kehidupan lebih baik,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, Najib turun padang meninjau keadaan suami isteri itu bagi melihat keperluan dan bentuk bantuan bersesuaian untuk diberi.

Iklan

"Kita akan bantu daripada segi kebajikan macam keperluan makan dan wang tunai. Sementara menunggu kediaman kekal mereka siap dibina, saya dan sukarelawan yang ada juga akan bersihkan keliling kawasan ini serta baik pulih serba sedikit bangsal mereka agar pasangan ini dapat menetap dengan selesa sebelum rumah baharu siap dijangka Syawal nanti.

"Bangsal sedia ada sangat uzur dan atap juga banyak bocor. Jadi, nak tunggu rumah baru siap memakan masa, kalau boleh kita nak usahakan sama-sama demi keselesaan mereka,” katanya.