KPM lancar Portal Aduan Buli minggu depan

Iklan
Mohd Radzi bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Showcase Transformasi Pendidikan di Alamanda, Putrajaya pada Sabtu. Foto Sinar Harian/ASRIL ASWANDI SHUKOR.

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melancarkan Portal Aduan Buli minggu depan bagi membolehkan setiap pelaporan mengenai kesalahan itu diurus dengan komprehensif.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, aduan mengenai buli dapat disalurkan melalui e-mel, panggilan telefon serta saluran sedia ada di setiap sekolah masing-masing.

Iklan
Iklan

Menurutnya, portal itu dibangunkan bagi membolehkan pelajar, ibu bapa atau sesiapa sahaja menghantar aduan tanpa rasa bimbang tindakan itu akan diketahui pihak lain.

"Jadi kalau ada kecemasan berkaitan dengan buli, ini membolehkan setiap mesej yang hendak disampaikan secara sulit kerana ada platform yang jelas untuk mereka membuat aduan.

Iklan

"Sebab itulah, kita wujudkan portal ini. Kita hendak supaya satu pelaporan yang lebih lengkap dan tersusun untuk membolehkan ibu bapa atau pelajar menyampaikan maklumat tersebut kepada kita (KPM),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Showcase Transformasi Pendidikan di Alamanda, Putrajaya pada Sabtu.

Iklan

Mohd Radzi berkata, setiap aduan yang dilaporkan juga akan disiasat secara terperinci sebelum sebarang tindakan akan diambil.

"Apa yang penting setiap maklumat yang disampaikan itu akan disiasat secara lebih mendalam oleh pihak kami,” katanya.