Gempa 5.8 skala richter gegar selatan Filipina

Iklan
Gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter menggegarkan wilayah Maguindanao di selatan Filipina pada petang Sabtu.

MANILA - Gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter menggegarkan wilayah Maguindanao di selatan Filipina pada petang Sabtu, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.

Gempa berlaku pada 2.25 petang waktu tempatan (0625 GMT) pada kedalaman 62 kilometer (km), kira-kira 11 km dari barat laut bandar Upi Selatan, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Gegaran turut dirasai di Cotabato, General Santos, Davao, dan Kidapawan di pulau Mindanao.

Institut itu memaklumkan gegaran susulan diramal berlaku tetapi tidak menyebabkan sebarang kerosakan.

Iklan

Filipina kerap mengalami aktiviti seismik kerana terletak di sepanjang"Lingkaran Api" Pasifik. - Bernama

Iklan