Jenazah Rizq Azzadin dijangka tiba Selasa

Iklan

SUNGAI BULOH - Jenazah rakyat Malaysia, Rizq Azzadin Mohd Azhar, 22, yang meninggal dunia di Australia Ahad lalu dijangka tiba di tanahair, Selasa ini.

Ibunya, Rokiah Hashim, 63, memaklumkan, jenazah anaknya selesai dimandikan, dikafan dan disolatkan.

Iklan
Iklan

Namun menurutnya, urusan dokumentasi tidak dapat dilakukan kerana tempat simpanan jenazah ditutup pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad).

"Hari Isnin kalau semua dokumen lengkap, malam Isnin atau Selasa atau paling lewat Rabu jenazah akan dibawa pulang.

Iklan

"Sama-sama kita doakan urusan berjalan lancar," katanya melalui mesej ringkas di WhatsApp hari ini.

Katanya, dia dan suami yang berangkat ke Australia Rabu lalu kini sudah pulang ke Malaysia, hari ini.

Iklan

"Kami tunggu jenazah di sini.. ingat nak bawa pulang sekali (arwah) semalam (Jumaat) tapi dokumen tak lengkap.

"Kami balik dulu sebab takut jika terlalu lama di sana perbelanjaan menjadi banyak, itupun kami menumpang di rumah anak," katanya.

Sinar Harian melaporkan keluarga Rokiah memerlukan RM30,000 bagi membawa pulang jenazah anak sulungnya meninggal dunia di Australia akibat lemas ketika mandi di sebatang sungai di Burwood Rd, Belmore.