PENGENDALI Manchester United, Erik Ten Hag yang kecewa dengan kekalahan 0-4 kepada Brentford pada Ahad mengakui dia sememangnya bercadang mahu ‘menggantikan’ keseluruhan pemain pada separuh masa kedua.
Menurut Ten Hag dia mahu berbuat demikian kerana kecewa dengan aksi yang dipamerkan pemain hingga menyaksikan gawang United berjaya dibolosi empat kali dalam tempoh 35 minit pertama.
Malah katanya, dia mahu membawa masuk pemain-pemain yang cergas dan mampu beraksi lebih baik bagi menjamin kejayaan pasukan.
"Kalau ikutkan hati, saya memang mahu ‘gantikan’ semua pemain yang ada..tapi semua orang pun tahu, saya hanya boleh gantikan tiga pemain sahaja.
"Saya mahu bawa masuk pemain-pemain yang cergas dan bertenaga bagi mengimbangi kekuatan pasukan.
"Bagaimanapun saya juga akur dan mengakui asakan-asakan daripada pemain-pemain Brentford jauh lebih bertenaga dan mereka dilihat lebih ‘laparkan' jaringan,” katanya.
Pada aksi di di Stadium Komuniti Gtech itu, Brentford dilihat mempamerkan aksi mantap sebaik wisel permulaan dengan menyaksikan rembatan Josh Dasilva pada minit ke-10 gagal ditangkap kemas penjaga gol United, David de Gea untuk gol sulung perlawanan.
Brentford kemudiannya memperoleh gol kedua menerusi jaringan Mathias Jensen paa minit ke-18, Ben Mee (min-30) sebelum Bryan Mbeumo menjaringkan gol keempat The Bees pada minit ke-25 bagi melengkapkan kemenangan.
Sementara itu, De Gea mengakui bahawa kesilapannya yang gagal menyelamatkan percubaan-percubaan lawan, menjadi punca utama kepada kekalahan skuad The Red Devils itu.
Malah katanya, kesilapan-kesilapan berkenaan sebenarnya boleh dielakkan sekiranya dia lebih fokus kepada perlawanan.
"Saya mengakui melakukan kesilapan dan ia menyebabkan rakan-rakan sepasukan jadi tidak bersemangat untuk beraksi dan menyumbang kepada kekalahan ini,” katanya.