Penyerang mengaku tidak salah tikam Rushdie

Iklan
Hadi Matar hadir di sebuah mahkamah di Mayville pada Sabtu. - Foto AP

WASHINGTON - Seorang pemuda dari New Jersey Hadi Matar, 24, tidak mengaku salah menyerang penulis novel kontroversi, Salman Rushdie di sebuah mahkamah di Mayville, New York pada Sabtu

Peguamnya yang dilantik oleh mahkamah, Nathaniel Barone memberitahu Reuters tentang perkara itu.

Iklan
Iklan

Rushdie, 75, telah bersedia untuk menyampaikan syarahan mengenai kebebasan artistik di Chautauqua Institution di barat New York apabila polis berkata, Matar bergegas ke atas pentas dan menikam penulis kelahiran India itu.

Kerajaan Iran sebelum itu menggesa Rushdie dibunuh selepas novelnya pada 1988 'The Satanic Verses' diterbitkan.

Iklan

Selepas beberapa jam pembedahan di hospital, Rushdie menggunakan ventilator dan tidak dapat bercakap pada petang Jumaat, menurut ejennya, Andrew Wylie.

"Penulis novel itu berkemungkinan kehilangan penglihatan sebelah mata dan mengalami kerosakan saraf di lengan dan luka di hati," kata Wylie menerusi e-mel. - Agensi

Iklan