Kepingan simen landasan LRT3 jatuh timpa gerai

Iklan
Khemah gerai peniaga berlubang akibat kepingan simen yang jatuh daripada landasan projek LRT3 dan beberapa keping simen yang jatuh dari landasan LRT3.

KLANG - Beberapa kepingan simen dari landasan Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) jatuh menimpa gerai-gerai di Kompleks Pasar Meru Klang, di sini pada jam 9.30 pagi pada Ahad.

Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Klang (MPK), Norfiza Mahfiz berkata, sebanyak empat khemah terlibat dalam insiden tersebut, namun tiada kecederaan dilaporkan di lokasi terbabit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihak yang menyelenggara LRT3 turut diarah menghentikan segala kerja-kerja di atas landasan tersebut serta-merta.

"Pihak pemaju melaporkan sewaktu kerja 'hacking' dilakukan sekitar jam 9.30 pagi, sebahagian kepingan simen jatuh di atas kanopi kedai pasar.

Iklan

"Kerja dihentikan dengan serta-merta dan pembersihan dilakukan. Tiada kecederaan berlaku dan kerja-kerja di atas trek adalah di luar jangka MPK," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Kepingan simen jatuh ke atas sayur yang dijual oleh peniaga di Kompleks Pasar Meru Klang, di sini.

Dalam pada itu, Norfiza turut memaklumkan para peniaga yang terjejas dipindahkan ke petak niaga berhampiran lokasi kejadian sementara kawasan tersebut ditutup.

Iklan