Musuh UMNO guna pelbagai politik kebencian jika lengahkan PRU15

Iklan
Ahmad Zahid Foto Bernama

SHAH ALAM – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan melengah atau menangguhkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan menyebabkan musuh politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) menggunakan pelbagai politik kebencian terhadap partinya.

Presiden UMNO itu berkata, ini kerana mereka hanya tahu menggunakan sentimen terbabit dan mengelirukan akar umbi UMNO.

Iklan
Iklan

Selain itu katanya, melewatkan PRU15 juga akan memberikan kurang kelebihan kepada UMNO dan BN.

"Keadaan ekonomi semakin kurang menentu. UMNO akan disalahkan kerana Perdana Menteri sekarang ialah daripada UMNO.

Iklan

"Ini tidak termasuk usaha membuat demonstrasi pembangkang secara berkala dan mengelirukan isu seperti kapal tempur pesisir (LCS) yang mana kerajaan Pakatan Harapan (PH) 22 bulan sendiri yang melewatkan projek tersebut.

"Sedangkan tak ada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dibuat terhadap isu tersebut ketika itu,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Iklan

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut percaya PRU15 akan diadakan pada bila-bila masa dan menjangkakan ia akan dibuat pada tahun ini.

Beliau pada masa sama turut berharap usaha melengahkan PRU15 tidak berlaku walaupun secara hakikatnya ia sedikit terlewat untuk mengadakannya.

"Jangan biarkan sentimen rindukan BN kembali memerintah semula menjadi pudar kerana dilengahkan tarikh PRU.

"Jangan juga apabila pembangkang semakin bersatu menentang BN, barulah hendak mengadakan pilihan raya umum,” tegasnya.