Tarikan Jambatan Gantung

Iklan

Sekumpulan pelancong tempatan merasai pengalaman melalui jambatan gantung merentasi sungai Kenau sambil menikmati pemandangan indah pada tinjauan di Kampung Seberang hari ini.

Terdapat tujuh unit jambatan gantung yang menghubungkan beberapa kampung dengan Pekan Sungai Lembing dan masih digunakan para penduduk. Kesemua jambatan itu merupakan peninggalan sejarah dipercayai sudah berusia lebih 100 tahun dan dibina pada zaman perlombongan bijih timah di Sungai Lembing. Selain kegunaan harian penduduk, jambatan sepanjang 50 Meter itu turut menjadi antara lokasi tarikan para pelancong ke pekan yang juga dikenali sebagai Pekan 'El-Dorado' ini.

Iklan
Iklan