Fenomena brain drain bukan lagi tentang gaji, faedah tinggi

Iklan
Fenomena penghijrahan individu berkemahiran tinggi atau brain drain yang melanda negara ini bukan lagi mengenai gaji dan faedah yang tinggi. - Gambar hiasan 123RF

SHAH ALAM – Fenomena penghijrahan individu berkemahiran tinggi atau brain drain yang melanda negara ini bukan lagi mengenai gaji dan faedah yang tinggi, menurut EMIR Research.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Reseach, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff dan Ketua Pegawai Kajiselidik EMIR Research, Dr Margarita Peredaryenko berkata, ini dapat dilihat menerusi kekosongan jawatan bagi pekerjaan yang memerlukan kemahiran dan pengetahuan tinggi berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), elektronik, kejuruteraan serta penyelidikan sukar diisi sejak 2015 hingga kini.

Iklan
Iklan

Katanya, perkara itu didedahkan dalam Senarai Pekerjaan Kritikal yang diterbitkan setiap tahun oleh TalentCorp.

"Juga seperti yang didedahkan sesetengah majikan, terdapat persaingan sengit untuk pekerjaan penting ini dari luar negara,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama pada Ahad.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini pernah melaporkan Malaysia telah kehilangan kira-kira 500,000 rakyat berkemahiran tinggi dan berbakat dalam bidang profesional kerana mereka memilih untuk bekerja di luar negara sejak 40 tahun lalu.

Ujar mereka, statistik terkini daripada Randstad iaitu penyelidikan sumber manusia global turut mendedahkan 64 peratus responden mahukan persekitaran kerja yang selamat manakala 52 peratus mahu peluang untuk melakukan kerja bermakna di negara ini.

Iklan

"Ia merupakan persoalan yang menarik bagaimana anda menentukan persekitaran kerja yang selamat. Bagaimanapun, ia tidak jauh daripada persekitaran di mana semua keputusan dibuat berdasarkan merit dan kredibiliti.

"Dan jika kita ingat semua faktor pendorong seperti kekurangan meritokrasi tetapi berpuas hati (dengan) rasuah, ketidakadilian sosial dan perkauman secara langsung, itu tidak seperti kelihatan persekitaran kerja yang selamat sama sekali,” tegas mereka.

Rais dan Margarita dalam masa sama turut membangkitkan mengenai 52 peratus responden yang mahukan peluang untuk melakukan kerja bermakna terbabit.

"Bagaimana anda boleh membuat impak dalam persekitaran yang tidak ada peracangan untuknya pada peringkat awal?,” soalnya.

Ujar mereka berdua, fonomena brain drain ini juga berkemungkinan akan meningkat dengan lebih ketara dalam tenaga kerja penting akan datang terutamanya generasi Z yang lebih melihat kepada kepuasan segera, keputusan dan kesan.