FAM pandang serius insiden di Stadium Hang Jebat

Iklan
Insiden pergaduhan penonton semasa aksi Liga Super antara Melaka United dan Sri Pahang di Stadium Hang Jebat, pada Sabtu. Gambar kecil: Mohd Saifuddin

"INSIDEN kekecohan, pergaduhan penonton ini serius dan perlu ditangani,”

Itu reaksi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar ketika mengulas insiden kekecohan dan pergaduhan penonton semasa aksi Liga Super, Melaka United FC menentang Sri Pahang FC di Stadium Hang Jebat, pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Menurut Mohd Saifuddin, FAM memang akan memberikan perhatian serius terhadap insiden-insiden sedemikian dan segera membincangkannya bersama dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Malah katanya, pihaknya juga akan membawa perkara berkenaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dalam masa terdekat.

Iklan

"Kita memang melihat perkara ini sebagai sesuatu yang serius dan sudah semestinya kita akan duduk bersama-sama dengan MFL untuk berbincang lebih lanjut mengenainya dalam usaha mencari jalan penyelesaian.

"Perkara ini juga akan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan FAM dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

Iklan

"Mesyuarat pada kali ini akan turut melibatkan kehadiran Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali bagi mempengerusikan mesyuarat berkenaan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.