Beri latihan kemahiran kepada pekerja tempatan

Iklan
Zuraida

PUTRAJAYA - Pemilik ladang digalakkan untuk memberi latihan semula kemahiran dalam kalangan pekerja warga tempatan

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, langkah itu merupakan usaha penyelesaian jangka panjang terhadap isu kekurangan pekerja asing.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemilik juga perlu mengamalkan pengurusan tenaga buruh yang baik bagi mengekalkan pekerja asing digajikan sekali gus dapat menggelakkan mereka melarikan diri, selain membantu mengelakkan risiko terlibat dalam isu-isu berkaitan buruh paksa dan pemerdagangan manusia.

"Isu-isu tersebut dilihat boleh menjejaskan urusan eksport bagi tempoh jangka masa panjang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Tegas beliau, kementerian tidak akan berkompromi dalam isu berkaitan buruh paksa dan Malaysia akan terus mematuhi garis panduan ditetapkan dalam Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

"Bahkan kita juga menyokong Pelan Tindakan Nasional Berhubung Buruh Paksa (NAPFL) yang dibangunkan dalam usaha menangani serta membasmi isu buruh paksa dalam negara.

Iklan

"Justeru, kita (KPPK) yakin usaha-usaha murni yang digerakkan ketika ini dapat membantu kempen ‘Gerakan Global untuk Memperjuangkan Kebaikan Minyak

Sawit.

"Kempen ini antara lain bertujuan meneroka dan menembusi pasaran-pasaran baharu serta meningkatkan eksport minyak sawit negara kita," katanya.

Sebelum ini, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) memaklumkan negara berisiko kehilangan hasil sehingga RM21 bilion pada tahun 2021 dan dijangka meningkat kepada RM28 bilion pada tahun ini sekiranya pekerja asing tidak dibawa masuk dengan segera.