Menteri Luar Bosnia lawat Malaysia

Iklan
Menteri Luar Bosnia dan Herzegovina Dr Bisera Turkovic. - Foto Twitter

PUTRAJAYA- Menteri Luar Bosnia dan Herzegovina Dr Bisera Turkovic akan membuat lawatan sulungnya ke Malaysia mulai Isnin.

Lawatan beliau dari 15 hingga 16 Ogos akan dihoskan oleh Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Iklan
Iklan

Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, kedua-dua menteri luar akan bertemu dan meneliti perkembangan kemajuan hubungan yang terjalin antara Malaysia dan Bosnia dan Herzegovina.

Saifuddin dan Turkovic juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Iklan

Semasa pertemuan itu, kedua-dua Menteri Luar dijangka mengadakan pertukaran Nota Diplomatik mengenai penubuhan mekanisme perundingan dua hala dan inisiatif pembangunan kapasiti antara Malaysia dan Bosnia dan Herzegovina.

"Berdasarkan latar belakang hubungan yang erat di antara Malaysia dan Bosnia dan Herzegovina, lawatan ini dijangka mengukuh dan meningkatkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara, terutamanya bersempena dengan ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik pada 5 Disember 2022,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Iklan