Himpunan ICERD: Tiga pengsan, sesak nafas

Iklan
Peserta yang pengsan segera dibawa ke ambulans untuk rawatan awal.

KUALA LUMPUR - Tiga peserta Himpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dilaporkan pengsan.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.05 petang itu, petugas Jabatan Amal Malaysia dilihat mengusung peserta membabitkan seorang lelaki dan perempuan berusia lingkungan 20 dan 30-an.

Iklan
Iklan

Selang 30 minit kemudian, seorang lagi peserta wanita pula diusung keluar dan keadaan sesak di sekitar Dataran Merdeka menyukarkan peserta yang pengsan dibawa keluar. Salah seorang petugas keselamatan Jabatan Amal Malaysia berkata, peserta berkenaan pengsan disebabkan cuaca agak panas dan keadaan sesak dipercayai hingga menyebabkan mereka sukar untuk bernafas.

"Kesemua peserta dibawa ke ambulans terlebih dahulu untuk rawatan awal. Kalau keadaan dilihat membimbangkan, mereka akan dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut,” katanya.

Iklan
Iklan