PKNS, Bank Islam bantu realisasi impian miliki rumah idaman

Iklan
Mahmud (dua kiri) dan Mizan (dua kanan) pada Majlis Menandatangani MoU di antara PKNS dan Bank Islam di Shah Alam.

PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memeterai kerjasama dengan Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dalam menawarkan kemudahan Pembiayaan Perumahan-i Bank Islam yang berdasarkan prinsip Tawarruq.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata, pihaknya cakna akan kebimbangan masyarakat untuk membeli kediaman dalam waktu ketidaktentuan ekonomi semasa.

Iklan
Iklan

Malah beliau berkata, PKNS juga sedia maklum dengan kesulitan yang dihadapi pembeli bagi mendapatkan pembiayaan perumahan.

"Oleh itu, PKNS tangkas mengambil inisiatif menjalinkan kerjasama bersama pihak perbankan untuk memudahkan proses pembiayaan dan menawarkan pakej berbaloi untuk merealisasikan impian pelanggan untuk memiliki kediaman idaman.

Iklan

"Diharapkan melalui kerjasama ini, lebih ramai masyarakat daripada pelbagai latar belakang dapat memiliki kediaman mampu dimiliki, berkualiti dan terletak di lokasi strategik disediakan PKNS iaitu sebuah entiti pemaju yang terbukti prestasinya melalui pengalaman selama 58 tahun," katanya.

Mahmud berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara PKNS dan Bank Islam di Restoran SACC Kelana Seafood di Seksyen 14 di sini pada Isnin.

Iklan

Hadir sama, Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan – Runcit, Bank Islam, Mizan Masram.

MoU ditandatangani bagi memudahkan para pelanggan mendapatkan pembiayaan perumahan, sama ada untuk diduduki mahupun hartanah untuk pelaburan dengan pelbagai pakej pembiayaan perumahan menarik untuk hartanah kediaman yang masih dalam peringkat pembinaan atau telah siap dibina.

PKNS dan Bank Islam menandatangani perjanjian untuk menawarkan kemudahan Pembiayaan Perumahan-i Bank Islam berdasarkan prinsip Tawarruq.

Selain itu, margin pembiayaan ditawarkan pula adalah sehingga 90 peratus dengan tambahan 10 peratus (deposit) merangkumi perlindungan takaful seperti Takaful Gadai Janji (MRTT) atau Pelan Takaful Berkadar Rata Tempoh Gadai Janji (MLTT) serta Pelan Takaful Empunya Rumah dan Isi Rumah (HOT).

Ia turut meliputi yuran guaman dan duti setem selain pengecualian yuran pemprosesan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Mahmud berkata, pembiayaan pinjaman ini ditawarkan untuk pelbagai produk hartanah PKNS yang sedang dan telah siap dibina merentasi seluruh kawasan di negeri Selangor.

"Antaranya, Puteri Soraya dan Puteri Aira di Kota Puteri; Azhara, Lavender dan Cassia di Antara Gapi; Rafflesia di Bernam Jaya; Anggun Kirana dan Hijauan Enklaf di Alam Nusantara dan banyak lagi," katanya.

"Kediaman berkonsepkan moden dan eksklusif ini terletak di kawasan sangat strategik dengan akses Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) serta Lebuhraya Maju Expressway (MEX) di samping berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," tambahnya.

Sementara itu, Bank Islam juga melihat kerjasama strategik dua hala tersebut sebagai bukti komitmen institusi kewangan dalam menyediakan pilihan pembiayaan perumahan patuh Syariah kepada masyarakat.

Mizan berkata, Bank Islam yakin dengan potensi yang ada pada pasaran hartanah negara terutamanya dengan peralihan ke fasa endemik yang memperlihatkan aktiviti ekonomi kembali aktif.

"Sehubungan itu, kami amat berbesar hati kerana dapat memperkukuhkan lagi kerjasama strategik dengan PKNS menerusi perjanjian persefahaman ini.

"Tidak hanya tertumpu dalam menawarkan kemudahan bagi membolehkan pelanggan mendapatkan rumah idaman mereka, kerjasama ini juga menyediakan akses khidmat nasihat perancangan kewangan kepada pelanggan bagi membantu pengurusan kewangan," katanya.