SUNGAI PETANI- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan ibu kandung kepada remaja lelaki yang hilang sejak 12 tahun lalu.
Pelindung Kanak-Kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kubang Pasu, Mohamad Husni Abdul Aziz berkata, wanita berkenaan dikenali sebagai Nur Hadi berasal dari Indonesia.
Menurutnya, berdasarkan maklumat, Nur Hadi, 50-an dikatakan telah melahirkan seorang bayi lelaki pada 4 Mei 2010 jam 10.38 malam di Hospital Kuala Lumpur.
"Bagaimanapun, semasa dalam peliharaan keluarga angkat, Yusda dilaporkan meninggal dunia pada 23 November 2019 diikuti Siti Suraya yang meninggal dunia pada 12 September 2021," katanya.
Justeru, Muhamad Alif, 12, kini berada dalam jagaan nenek dan datuk angkat yang tinggal di Kampung Alor Biak, Jitra.
"Dimaklumkan oleh keluarga angkat, sehingga kini tiada seorang pun waris kanak-kanak datang menuntut dan dia juga tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri," jelasnya.
Mohamad Husni memberitahu, carian ibu kandung dibuat bagi membolehkan daftar lewat kelahiran dilakukan serta rujukan agensi berkaitan terutama Jabatan Pendaftaran Negara.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, boleh tampil ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kubang Pasu atau hubungi talian 04-9171305.