KOTA BHARU - Pas Kelantan kekal fokus mempertahankan agenda penyatuan ummah bersama Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas UMNO berkeras untuk bergerak solo di negeri ini.
Setiausaha Pas Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata, parti itu melihat agenda penyatuan ummah lebih konkrit kerana boleh dinikmati oleh seluruh masyarakat tanpa mengira latar belakang agama mahupun bangsa.
Iklan
Iklan
Justeru, Pas akan melaksanakan sambutan dua tahun penubuhan PN pada 21 Ogos nanti di Stadium Sultan Muhammad IV bermula jam 4 petang.
Beliau yang juga Exco Belia, Sukan dan NGO negeri berkata, sambutan itu merupakan salah satu tanda mereka sedang bergerak ke arah penyatuan ummah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor itu berkata, Pas akan terus bekerja keras walaupun yakin mampu mendapat mandat dari rakyat pada PRU15 nanti.