Kerajaan digesa bentang kriteria syarikat libat runding terus

Iklan
Hazwan Mohamad

SHAH ALAM - Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) menggesa agar kriteria syarikat terbabit secara rundingan terus atau 'direct nego' untuk setiap projek kerajaan dibentangkan segera untuk pengetahuan umum.

Ketua Penerangannya, Hazwan Mohamad berkata, projek secara rundingan terus bukan perkara baharu, namun rakyat musykil dengan cara pemilihan syarikat yang tidak mampu menepati perjanjian ditetapkan.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, menurutnya, bagi mengelakkan kerugian berganda di masa hadapan, kerajaan wajar membentangkan segera kriteria syarikat yang dirunding terus untuk setiap projek selepas ini.

"Walaupun projek ini berkaitan sistem keselamatan negara, namun 'kerasukan pemimpin' UMNO sangat tidak munasabah.

Iklan

"Di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pula, sejumlah 101 projek bernilai RM6.61 billion telah diluluskan juga secara rundingan terus.

"Jadi, apa kriteria setiap pemilihan syarikat ini sehingga ia dirunding terus?" soalnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Mengulas mengenai isu kapal tempur pesisir (LCS), beliau berkata, sejumlah berbilion ringgit sudah dibelanjakan, namun sehingga hari ini tiada satu pun diterima.

Beliau berkata, projek LCS secara dasarnya terhenti atas pelbagai faktor pada 2019, namun kerajaan memutuskan menyambungnya semula berdasarkan opsyen paling murah.

"Namun, jangan pernah lupa tentang isu kapal misi pesisir (LMS) buatan China yang mengalami kerosakan walaupun penggunaannya baru sahaja beberapa bulan setelah diterima oleh TLDM.

"‘Opsyen paling murah’ adalah sangat tidak masuk akal jika dibandingkan dengan kualiti pertahanan negara yang diperlukan,” katanya.