'Mendiang sangat berjasa kepada sukan bina badan negara'

Iklan
Boon Leong

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan pemergian, Datuk Dr Gan Boon Leong yang meninggal dunia pada usia 92 tahun akibat sakit tua pada awal pagi Isnin satu kehilangan besar buat negara.

Menurut Ahmad Faizal, beliau mewakili warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkongsi rasa sedih atas pemergian bekas juara bina badan Asia itu.

Iklan
Iklan

"Sumbangan mendiang dalam sukan bina badan terlalu banyak termasuk memikul tanggungjawab sebagai Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia serta Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia,” ujar Ahmad Faizal dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelas Ahmad Faizal lagi, mendiang juga telah meletakkan satu standard yang tinggi bagi sukan bina badan di Malaysia.

Iklan
Iklan

"Semoga jasa dan pengorbanan mendiang selama ini menjadi inspirasi buat generasi masa depan Malaysia. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga dan rakan terdekat mendiang Datuk Wira Gan Boon Leong,” ujarnya lagi.