TFC II bawa pulang tiga mata dari Shah Alam

Iklan
Pemain pasukan Selangor FC 2, Richmond Tetteh Ankrah (kiri) cuba mengawal bola sambil diasak pemain pasukan Terengganu FC 2, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar pada perlawanan Liga Premier Malaysia 2022 di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM), pada Isnin.

TERENGGANU FC (TFC) II membawa pulang tiga mata penuh dari Stadium UITM selepas menewaskan Selangor FC 2-0 dalam perlawanan Liga Premier pada Isnin.

Dua gol setiap babak jaringan Izzan Syahmi Mustapa minit ketujuh dan Rahmat Makasuf (50') sudah cukup membolehkan skuad kendalian Badrul Afzan Razali mengumpul ke-29 mata.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun tiga mata diraih di bumi Shah Alam itu tidak mengubah kedudukan TFC II yang kekal di tempat ketiga liga - sembilan menang, dua seri, empat kalah.

Sementara itu, Kelantan United FC pula naik ke tangga kelima liga selepas meraih kemenangan kelima - enam seri, empat kalah - untuk mengumpul 21 mata selepas mengharungi 15 perlawanan.

Iklan

Kemenangan kelima Kijang Hijau kendalian Syamsul Saad diperolehi selepas menewaskan UiTM FC 3-1.

Gol tuan rumah dijaringkan Njoku Jacob (16'), Haziq Subri (50'), Asraff Aliffuddin Yasin (94'), manakala gol The Lions Roar disumbangkan Izman Solehin Rohadi (71').

Iklan