Ketiga terbaik Asia

Iklan
Skuad wanita negara melabuh cabaran Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2022 dengan meraih pingat gangsa. - Foto Malaysian Hockey Confederation

SKUAD wanita negara melabuh cabaran Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2022 dengan meraih pingat gangsa selepas menewaskan Kazakhstan 2-0 dalam aksi penentuan ketiga dan keempat pada Isnin.

Kejayaan di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok itu menyaksikan skuad negara memperbaiki pencapaian kedudukan keempat edisi 2019 sebelum ini.

Iklan
Iklan

Pada perlawanan akhir itu juga kapten pasukan, Juliani Mohamad Din dinobatkan pemain terbaik.

Malaysia memiliki peluang meledak jaringan pada suku pertama menerusi gerakan padang dan pukulan sudut penalti, namun dinafikan kecekapan penjaga gol Kazakhstan, Guzal Bakhavaddin.

Iklan

Pada suku kedua, Malaysia menggandakan asakan dan hasilnya dihadiahkan penalti stroke minit ke-15 yang disempurnakan Iren Hussin.

Suku ketiga, Kazakhstan lebih banyak mengatur serangan untuk cuba mengimbangi kedudukan selain turut memiliki beberapa kelebihan pukulan sudut penalti, namun pemain negara dan penjaga gol, Farah Ayuni Yahya menidakkan percubaan lawan.

Iklan

Seminit sebelum aksi sebenar perlawanan berakhir, Malaysia sekali lagi dihadiahkan penalti stroke yang disempurnakan Nur Aisyah Yaacob bagi memastikan pasukan negara pulang pemenang pingat gangsa.