Dua maut terkena periuk api di pantai Ukraine

Iklan
Dua perenang maut terkena periuk api di Odesa, Ukraine baru-baru ini. - Foto Telegram

KIEV - Dua lelaki terbunuh apabila periuk api meletup ketika mereka berenang di laut di Odesa, Ukraine baru-baru ini.

Dua lagi pengunjung pantai cedera dalam letupan di bandar pantai Laut Hitam, menurut media Ukraine yang berkongsi rakaman televisyen litat tertutup (CCTV).

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa Odesa menggesa penduduk supaya tidak berenang di perairan berhampiran bandar pelabuhan itu malah ia menutup pantai pada musim panas ini kerana bimbang serangan udara tentera Rusia ke atas orang ramai.

Rakaman video menunjukkan letupan besar berlaku menyebabkan air menyembur mengakibatkan dua perenang terbunuh serta-merta.

Iklan
Iklan

Jurucakap majlis bandar raya berkata 'sekumpulan lelaki' telah 'tidak menghiraukan sekatan yang diumumkan untuk melawat pantai dan berenang di perairan pantai'. - Agensi