Anak sulung Tunku Abdul Rahman, Tunku Khadijah meninggal dunia

Iklan

KUALA LUMPUR - Anak sulung kepada Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tunku Khadijah meninggal dunia pada 6.50 petang semalam akibat kanser paru-paru.

Anak Allahyarham, Datin Seri Sharifah Menyalara Hussein berkata, ibunya meninggal dunia pada usia 89 tahun di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

"Ibu meninggal selepas hanya beberapa jam dimasukkan ke hospital. Ibu sebelum ini telah didiagnos dengan kanser paru-paru tahap akhir pada awal tahun,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya, jenazah Tunku Khadijah dibawa ke Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat zuhur hari ini.

Iklan
Iklan

Tunku Khadijah yang meninggalkan tiga orang anak termasuk Sharifah dan tujuh orang cucu, sepatutnya menyambut ulang tahun kelahiran ke-90 pada Oktober ini. - Bernama