Lelaki ditahan tumbuk, toreh muka rakan

Iklan
Gambar hiasan

AMPANG - Seorang lelaki dipercayai menoreh muka serta menumbuk rakannya gara-gara perselisihan faham melibatkan ganti rugi akibat kemalangan dalam kejadian berhampiran Merdeka Villa di sini, ditahan pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa telah menghubungi suspek untuk berbincang mengenai ganti rugi melibatkan kereta suspek yang mengalami kemalangan ketika dipinjam mangsa pada April lalu.

Iklan
Iklan

"Suspek yang berang kemudiannya bertindak menumbuk dan menoreh muka mangsa dengan menggunakan sebilah pisau lipat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya, suspek yang berumur 24 tahun itu kemudiannya diberkas sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 2 pagi di sebuah rumah di Semenyih.

Iklan

"Siasatan awal mendapati pisau lipat yang digunakan semasa kejadian telah dibuang di sekitar kawasan tempat kejadian.

"Suspek mempunyai 11 rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah, malah ujian awal saringan air kencing mendapati lelaki terbabit disyaki positif dadah jenis THC," katanya.

Iklan

Kes disiasat bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.