Punca kematian ikan spesies terancam disiasat

Iklan
Bangkai ikan dipercayai paus yang ditemui pencari ketam nipah di tepi pantai Kuala Sala. - Foto Ihsan Pembaca Sinar Harian

ALOR SETAR - Jabatan Perikanan Kedah akan menjalankan pemeriksaan bagi mengetahui status dan punca sebenar kes kematian ikan spesies terancam di tepi pantai Kuala Sala dan Kuala Tebengau, di sini.

Pengarah Perikanan Kedah, Abdul Halim Marzuki berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan bangkai ikan yang didakwa paus di tepi pantai Kuala Sala, di sini, kelmarin.

Iklan
Iklan

Menurutnya, difahamkan, kemudian bangkai seekor ikan lumba-lumba dianggarkan seberat 250 kilogram (kg) dan berukuran 2.5 meter (m) pula ditemui terdampar di tepi dekat Kuala Tebengau, di sini.

"Bagaimanapun, kita masih belum dapat mengenalpasti punca sebenar kematian dua ikan spesies terancam yang ditemui terdampar itu.

Iklan

"Untuk makluman, ikan lumba-lumba dan paus dikategorikan sebagai spesies terancam dan dilindungi, bagaimanapun agak payah dilihat di perairan Kedah," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihak Pusat Penyelidikan Penyu Dan Ekosistem Marin di Rantau Abang, Terengganu akan turun padang melakukan bedah siasat hari ini.

Iklan

Menurut Abdul Halim, pihak penyelidik terbabit akan melakukan bedah siasat ke atas bangkai ikan itu bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

"Jikalau diikutkan, ikan lumba-lumba mahupun paus memang sukar dilihat di perairan Kedah, bagaimanapun kita mengingatkan nelayan agar berhati-hati," katanya.

Katanya, nelayan dinasihatkan mengubah laluan bot mereka jika mengesan kehadiran ikan terbabit.

Kelmarin, media melaporkan seorang pencari ketam nipah menemui bangkai ikan dipercayai paus yang dalam keadaan terburai perutnya kira-kira jam 2 petang di tepi pantai Kuala Sala, di sini, sebelum memberitahu bapa saudaranya.

Manakala, bangkai seekor ikan lumba-lumba pula ditemui terdampar di tepi pantai dekat Kuala Tebengau di sini, iaitu kira-kira tujuh kilometer (km) dari lokasi penemuan bangkai paus sebelum ini.

Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Mohd Tarmimi Ali Ahmad berkata, pihaknya mendapati penemuan bangkai paus dan lumba-lumba terdampar serentak pada hari yang sama dengan jarak berhampiran pertama kali berlaku setakat ini.