Malaysia raih pingat Perak acara berpasangan wanita

Iklan
Anis Hannani dan Adania raih pingat perak pada Kejohanan Boling Remaja Asia ke-21 di Bangkok pada Selasa. - Foto KBS

GANDINGAN pemain remaja negara, Anis Hannani Romzi dan Adania Mohd Redzwan, meraih pingat perak dalam acara berpasangan wanita pada Kejohanan Boling Remaja Asia ke-21 di Bangkok, malam ini.

Pada saingan di Blu-O Rhythm and Bowl, Major Ratchayothin itu, Anis Hannani dan Adania memberikan tentangan sengit kepada pasangan dari Singapura, Shirlene Wong Xue Lin dan Lim Shi En, sebelum mencatat 2,424 jatuhan pin secara keseluruhan.

Iklan
Iklan

Gandingan Singapura itu berjaya menafikan kemenangan pasangan negara selepas mencatatkan 2,466 jatuhan pin untuk meraih pingat emas.

Pingat gangsa pula diraih gandingan Taiwan, Huang Hsin Tsen dan Tsai Zhu Han, yang membuat 2,343 jatuhan pin.

Iklan

Dalam pada itu, bagi acara berpasangan lelaki, Airel Amri Suhaimi dan Shaqeem Izwan Teh Shahrul Hafiz Teh, terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas mencatatkan 2,559 jatuhan pin.

Pingat emas acara itu dimenangi gandingan Taiwan, Lan Shao Kang dan Cheng Shao Hua (2,748 jatuhan pin) sementara pingat perak menjadi milik gandingan Singapura, Mathieu Louis dan Ryan Goi Chee Hean dengan catatan 2,708 jatuhan pin. - Bernama

Iklan