KUALA LUMPUR - Keadaan keselamatan di sekitar lokasi perhimpunan 'kesyukuran' menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Jalan Raja di sini, terus terkawal.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, setakat petang ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan kejadian yang tidak diingini.