'Mood' kaum Cina pada BN lebih baik: MCA

Iklan
Siow Koi Voon

SEREMBAN - MCA Negeri Sembilan yakin 'mood' masyarakat Cina terhadap BN adalah lebih baik berbanding PRU14.

Pengerusinya, Siow Koi Voon berkata, ini kerana masyarakat sudah mula muak dengan PH yang gagal menunaikan janjinya pada rakyat.

Iklan
Iklan

"Dulu rakyat memang marahkan BN, tapi sekarag bila mereka tengok bagaimana kerajaan PH mentadbir, masing-masing sudah mula sedar.

"Saya rasa mood untuk pengundi DUN Rantau undi BN lebih baik kerana mereka nak balas budi Tok Mat yang sudah menjadi wakil rakyat kawasan itu selama 14 tahun," katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan MCA Rantau di sini.

Iklan

Oleh sebab itu katanya, PH begitu bersungguh membuat seruan kepada pengundi DUN Rantau untuk jatuhkan Mohamad.

Beliau berkata, Mohamad kini dilihat sebagai ancaman kepada PH dan menjatuhkan beliau bermakna menjatuhkan UMNO yang kini sedang bangkit.

Iklan

"Pengundi Cina di Rantau ada lebih kurang 3,800 orang dan MCA ada keahlian lebih kurang 900 orang.

"Kami akan pastikan ahli MCA yang mengundi DUN Rantau akan keluar mengundi bagi memastikan Tok Mat menang dalam pilihan raya ini," katanya.