PENYERANG baharu Juventus, Angel Di Maria dijangka terlepas dua aksi penting The Old Lady apabila mengalami kecederaan pada penampilan sulungnya di Serie A.
"Dukacita dimaklumkan bahawa Di Maria didapati mengalami kecederaan pada otot paha kiri selepas menjalani imbasan.
Iklan
Iklan
"Pegawai perubatan kelab akan memantau tahap kecederaan Di Maria dalam 10 hari," kata Juventus di laman web kelab Turin tersebut.
Perkembangan terkini itu menyaksikan bekas pemain kelab Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) berusia 34 tahun berkenaan terlepas perlawanan menentang Sampdoria pada Selasa diikuti AS Roma lima hari kemudian.
Pada perlawanan di Stadium Juventus itu, bintang Argentina tersebut terlebih dulu meletakkan The Old Lady di depan pada minit ke-26' sebelum digantikan dengan
Fabio Miretti minit ke-66'.
Dušan Vlahovic turut menyumbang jaringan apabila menjelmakan dua lagi gol pada minit 43' dan 51' untuk kemenangan 3-0 tuan rumah.