Kelantan mohon tambah peruntukan untuk kebersihan

Iklan
Nik Izani ( tiga dari kiri) merasmikan Program Jelajah Kelantanku Bersih dan Pelancaran Zon Bersih Indah Ceria, pada Rabu.

KETEREH - Kerajaan negeri Kelantan memohon tambahan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk penambahan jentera pembersihan bagi meningkatkan kebersihan di negeri tersebut.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin berkata, jumlah itu menjadikan nilai keseluruhan sebanyak RM16 juta pada tahun depan.

Iklan
Iklan

Beliau berharap, peruntukan itu dapat menyelesaikan masalah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan yang kekurangan jentera berkenaan.

"Kos untuk kebersihan sangat tinggi dan sehingga kini kerajaan negeri menggunakan peruntukan untuk pengurusan sampah sahaja sehingga RM10 juta setahun," katanya selepas merasmikan Program Jelajah Kelantanku Bersih dan Pelancaran Zon Bersih Indah Ceria di sini, pada Rabu.

Iklan

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, Mohd Anis Hussein.

Menurut Dr Nik Izani, kefahaman dan kerjasama rakyat juga penting bagi mengurangkan kos pengurusan kebersihan termasuk kutipan sampah berjumlah 1,200 tan sehari di seluruh negeri.

Iklan

"Bagaimanapun sebilangan kecil individu tidak kisah dengan kesungguhan kerajaan yang berusaha meningkatkan keceriaan.

"Sebagai contoh, ada peniaga yang cukup selesa dengan keadaan kedai mereka walaupun dipenuhi sampah," katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri sebelum ini melantik pihak swasta untuk melaksanakan kutipan sampah di lima PBT iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu, Majlis Perbandaran Ketereh, Majlis Perbandaran Pasir Mas, Majlis Perbadaran Machang dan Majlis Perbadaran Pasir Puteh.

Nik izani sebelum itu melakukan pelepasan kenderaan untuk tujuan pembersihan di PBT Ketereh.