UMNO, BN terus bersama Najib ketika susah senang: Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid (kiri) bersama Najib. - Gambar fail

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan setiap akar umbi cawangan dan bahagian UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan terus bersama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika waktu susah dan senang.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, di sebalik keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi bekas Presiden UMNO itu, ia tidak menghalang ahli dan pemimpin parti untuk terus bersama Najib untuk mendapatkan keadilan dalam perbicaraan kes penyelewengan dana melibatkan pemimpin tersebut.

Iklan
Iklan

"Memang keadilan itu suatu perjalanan yang panjang. Malah terdapat ungkapan bahawa there are three types of truth (terdapat tiga jenis kebenaran). Your truth, my truth and the truth (Kebenaran anda, kebenaran saya dan kebenaran). Truth Is God's Word (Kebenaran adalah kata-kata Tuhan).

"Marilah kita terus bersatu hati, bersolidariti bersama Najib Tun Razak. Jangan putus asa. Terus tabah dan terus berjuanglah bersama kita.

Iklan

"Terlalu banyak jasa dan sumbangan beliau telah berikan untuk UMNO, BN dan kerajaan BN yang tak akan dapat dilupuskan dalam sejarah negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Pada Selasa, cubaan pasukan pembelaan Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan untuk menangguhkan perbicaraan berhubung rayuan akhir kes penyelewengan danan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd menemui jalan buntu, apabila ia ditolak Mahkamah Persekutuan.

Iklan

Mahkamah Persekutuan pada hari sama turut menolak permohonan Najib memasukkan bukti tambahan membabitkan kedudukan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dengan hujah bahawa ia tidak relevan dengan prosiding rayuan ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, sepanjang 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, Najib dilihat berjaya membantu UMNO menangkis serangan dan usaha cuba dilakukan untuk menguburkan parti itu.

Melalui sosial media seperti Facebook (FB), Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, Najib berjaya membalas serangan pembangkang dan musuh dalam selimut dengan data dan fakta.

"Ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Melaka dan Johor, beliau berkampung dan berkempen membantu kemenangan UMNO/BN. Inilah Najib Razak yang kita hormati memperjuangkan UMNO.

"Perlu diakui media sosial FB Najib sangat berpengaruh di negara ini. Beliau ialah Raja Media Sosial dan berjaya membantu memulihkan UMNO lebih cepat hingga mereka yang pernah menjauhi dan memperlekeh UMNO sebelum ini dilihat bukan sahaja mahu mendekati malah mahu menguasai UMNO pula sekarang,” ujarnya.