KUALA LUMPUR - Kerajaan PH menunaikan janji pilihan rayanya untuk mengembalikan kedudukan Sabah dan Sarawak sama rata dengan Semenanjung apabila membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan itu di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong membentangkan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019 itu untuk bacaan kali pertama di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.
Iklan
Iklan
Beliau berkata bacaan kali kedua RUU tersebut akan dibentang pada persidangan kali ini.
RUU itu bertujuan menggantikan Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan untuk menyatakan semua negeri yang membentuk Persekutuan dengan mengembalikan, dengan ubah suaian, kedudukan Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan semasa pembentukan Malaysia pada 1963.
Menurut huraian RUU itu, pindaan itu dibuat selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia (MA63) yang dimeterai pada 1963 selain memenuhi aspirasi dan harapan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak serta rakyat kedua-dua negeri.
Pindaan tersebut dalam apa-apa cara tidak mengubah fungsi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri di bawah konsep federalisme.- Bernama
Artikel Berkaitan