JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah mengeluarkan surat teguran kepada syarikat yang menjual roti terlalu mahal di Hospital Sultan Ismail (HSI) sebagaimana tular di media sosial.
Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, semakan telah dibuat dan jabatan mengesahkan bahawa isu tersebut adalah berasas.
Iklan
Iklan
"Surat teguran telah dikeluarkan kepada syarikat tersebut dan pihak pengurusan hospital akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan harga roti yang dijual adalah berpatutan.
"Pihak pengurusan hospital juga sentiasa prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan kakitangan serta pesakit di hospital ini,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Sebelum itu pemilik akaun Facebook, Choudhry Sundaram Padiachee meluahkan kekecewaan terhadap pemilik kedai itu yang menjual ban sosej pada harga RM5.