Sarawak United, PJ City buntu di Kuching

Iklan
Pemain PJ City, Darren Lok (kiri) diasak pemain Sarawak United pada saingan Liga Super di Stadium Negeri pada Rabu. - Foto Bernama

SARAWAK United dan PJ City gagal memecah kebuntuan apabila sekadar melakar keputusan seri tanpa jaringan dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri pada Rabu.

Skuad kendalian S Balachandran yang tampil dengan misi meraih semula momentum kemenangan selepas tewas dalam dua perlawanan terakhir hampir memecah kebuntuan pada seawal minit ke-19.

Iklan
Iklan

Namun percubaan Uche Agba ternyata tersasar sebelum tuah menyebelahi The Golden Hornbill apabila Gonzalo Soto hampir menjaringkan gol sendiri.

The Phoenix kendalian P Maniam juga mendapat beberapa peluang pada babak kedua, namun percubaan R Ruventhiran pada minit ke-54 gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan.

Iklan

Keputusan di Kuching itu menyaksikan The Golden Hornbill mengumpul 14 mata, manakala The Phoenix pula 13 mata.

Untuk rekod, kali terakhir Sarawak United melakar kemenangan ketika menewaskan Penang FC 3-2 dalam aksi di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 31 Julai lalu.

Iklan

Sementara PJ City pula kali terakhir melakar kemenangan adalah ketika menewaskan Melaka United 1-0 di Petaling Jaya pada 5 Mac lalu.