KDA, Sabah sama kuat di Darul Aman

Iklan
Ngah Wanja menjaringkan gol buat KDA FC sebelum disamakan kedudukan 1-1 oleh Sabah di penghujung perlawanan Liga Super 2022 di Stadium Darul Aman pada Rabu. - Foto KDA FC

SABAH FC berjaya bangkit mengikat Kedah Darul Aman (KDA) FC 1-1 untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata pada saingan Liga Super 2022 di Stadium Darul Aman pada Rabu.

Ronald Ngah Wanja meletakkan KDA FC 1-0 di hadapan seawal minit ke-6 menerusi satu tandukan untuk mengelirukan penjaga gol pelawat, Khairul Fahmi Che Mat hasil satu serangan balas pantas.

Iklan
Iklan

Jaringan tersebut berpunca daripada Al Hafiz Harun yang melakukan hantaran ke dalam kotak penalti dan kegagalan pertahanan Sabah FC untuk mengeluarkan gol dimanfaatkan dengan baik oleh Ngah Wanja.

The Rhinos yang diketuai Baddrol Bakhtiar sedaya-upaya memburu gol penyamaan melalui beberapa serangan, namun berjaya dinafikan oleh pertahanan Sang Kenari dan keputusan tersebut kekal sehingga separuh masa pertama.

Iklan

Sabah FC terus menggandakan asakan sebaik sahaja babak kedua bermula untuk mengutip mata walaupun beraksi di laman lawan dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukan di tangga kedua liga super.

Usaha keras yang ditunjukkan oleh anak buah Datuk Ong Kim Swee akhirnya membuahkan hasil apabila bekas pemain Kedah, Farhan Roslan menjaringkan gol penyamaan 1-1 pada minit-84 selepas memanfaatkan hantaran Saddil Ramdani yang bijak mengelirukan barisan pertahanan Sang Kenari.

Iklan

Keputusan tersebut menyaksikan Sabah FC gagal untuk merapatkan jurang dengan pendahulu, JDT apabila mengumpul 35 mata dengan 16 perlawanan di kedudukan kedua manakala KDA FC naik dua anak tangga ke kedudukan keenam dengan 18 mata selepas 14 perlawanan.