Kemarau kemenangan Selangor berpanjangan

Iklan
Pemain TFC, Kpah Sean Sherman dihalang pemain Selangor, Yazan Mousa Mahmoud Al-Arab pada perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Rabu. - Foto Bernama

HASRAT Nidzam Jamil untuk memacu kebangkitan Selangor FC dengan tugasan pertama berdepan Terengganu FC (TFC) tidak kesampaian apabila tewas 0-2 dalam aksi Liga Super pada Rabu.

Nidzam yang mengambil alih tugas daripada Michael Feichteinbeiner di pertengahan musim terpaksa akur keampuhan skuad Nafuzi Zain di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Iklan
Iklan

Sang Penyu terlebih dulu merobek gawang Gergasi Merah menerusi percubaan minit ke-13, Habib Haroon yang menewaskan Samuel Somerville.

Gol itu ternyata merancakkan lagi semangat para pemain TFC, apabila giliran Manuel Ott melebarkan jaringan selepas menyudahkan sentuhan Faisal Halim pada minit ke-39.

Faisal Halim diasak pemain Selangor Quentin Cheng Jiun Ho pada perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Rabu. - Foto Bernama

Iklan

Keputusan itu menyaksikan Gergasi Merah menduduki tangga kesembilan liga dengan 16 mata selepas mengharungi 14 perlawanan.

Tiga mata diperoleh Sang Penyu membolehkan pasukan itu berada di kedudukan keempat liga dengan 23 mata selepas 15 perlawanan.

Iklan

Kali terakhir Gergasi Merah melakar kemenangan adalah ketika menewaskan Penang FC, 2-0 dalam perlawanan di Petaling Jaya pada 16 Julai lalu.