Gelombang radio mungkin terputus akibat aktiviti matahari

Iklan
Dua letusan kuat matahari (dalam bulatan) mungkim menjejaskan kedudukan GPS dan gelombang radio di Timur Tengah dan Afrika pada Khamis. - Foto www.spaceweather.com

WASHINGTON - Lemparan gas panas lampau yang bertenaga dan bermagnet tinggi dari matahari akan melanda bumi dan mempunyai peluang 10 peratus untuk menghasilkan suar kelas X yang boleh mencetuskan radio komunikasi terputus dan mengganggu sistem kedudukan sejagat (GPS) pada Khamis.

Pakar-pakar Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) menjangkakan ribut geomagnet kelas G1 berskala kecil hingga kelas G2 yang berada dalam kategori sederhana berkemungkinan akan menghasilkan cahaya aurora di Amerika Syarikat (AS).

Iklan
Iklan

Aurora ialah cahaya terang yang kelihatan pada malam hari yang berbentu jalur dalan kebiasaanya berwarna merah, hijau atau ungu.

Sebagai tambahan, peramal cuaca angkasa lepas mengatakan terdapat 30 peratus kemungkinan gelombang kejutan yang boleh menyebabkan pemadaman radio seketika di bahagian Timur Tengah dan Afrika.

Iklan

Menurut pakar cuaca angkasa lepas yang berpangkalan di Los Angeles, Dr Tamitha Skov, aktiviti solar dalam minggu ini mungkin boleh menjejaskan penerimaan radio amatur dan GPS.

Keadaan itu berlaku adalah hasil lentingan jisim koronal yang meletus dari matahari bermula pada hari Ahad dan Isnin. - Agensi

Iklan