KUANTAN - Mayat remaja dan kanak-kanak lelaki yang dihanyutkan arus semasa mandi di Sungai Triang berhampiran Pasar Ayam Kerayong, Bera pada Selasa lepas, masing-masing ditemukan pada malam dan awal pagi tadi.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat Muhammad Nik Iqmal Shah Ismail, 15, ditemukan pada 10.30 malam, kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian.