Pembantu peribadi bekas PM Pakistan dakwa diseksa

Iklan
Gill dimasukkan ke hospital di Islamabad pada malam Rabu susulan dakwaan diseksa ketika berada dalam tahanan polis. - Foto Pakistan Today

NEW DELHI - Pembantu peribadi bekas perdana menteri Pakistan, Imran Khan Shahbaz Gill dimasukkan ke hospital di Islamabad pada malam Rabu susulan dakwaan diseksa ketika berada dalam tahanan polis.

Gill, merupakan pemimpin parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI), telah ditahan polis pada 9 Ogos di Islamabad berikutan kenyataan kontroversinya mengenai tentera menerusi siaran di televisyen.

Iklan
Iklan

Imran dan pemimpin tertinggi PTI mendakwa Gill telah dibogelkan dan diseksa selepas penahanannya.

Seorang hakim mahkamah rendah Islamabad pada Rabu meluluskan reman ke atas Gill dilanjutkan dua hari lagi untuk soal siasat.

Iklan

Kesihatannya kini dilaporkan merosot dan Gill dibawa ke hospital.

Sebuah klip video yang dikongsi di media sosial memaparkan keadaan Gill diusung di atas pengusung sambil memakai alat bantuan pernafasan.

Iklan

Imran mendakwa"keadaan kesihatan mental dan fizikal Gill semakin merosot akibat penyeksaan yang dilakukan terhadap beliau" ketika dalam tahanan. - Bernama