PUTRAJAYA - Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin memberi amaran agar sekolah tidak menyorokkan kes buli yang berlaku.
Tegasnya, dalam usaha menyelesaikan kes tersebut, perkara pertama yang harus diketahui adalah punca kepada permasalahan itu.