PN sudah hantar surat mohon tarikh jumpa PM

Iklan
Hamzah

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perikatan Nasional (PN) telah menghantar surat rasmi bagi memohon tarikh baharu untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Iklan
Iklan

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pertemuan pemimpin PN yang berlangsung sebelum ini dengan Ismail Sabri adalah merupakan sembang santai.

"Secara rasminya saya sudah minta untuk diberi tarikh baharu supaya wakil PN boleh jumpa dan membentangkan apa yang dimohon PN,” katanya.

Iklan

Menurutnya, dalam pertemuan itu, PN akan mengemukakan segala permohonan termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri daripadanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Itu saya akan bawa apa permintaan PN,” jelasnya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah PN sudah mempunyai tarikh baharu untuk bertemu Ismail Sabri.

Sebelum ini, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO memaklumkan, beliau sudah mengadakan pertemuan Hamzah dan Bendahari PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 4 Ogos lalu.

Ahli Parlimen Bera itu dilaporkan berkata, kedua pemimpin tersebut sudah menyampaikan pandangan mereka dan beliau juga sudah sampaikan pandangannya.