Malaysia contoh terbaik amal konsep kepelbagaian, inklusif

Iklan
Ramona (depan, enam dari kanan) dan Micheal (depan, lima dari kiri) bergambar bersama peserta Bengkel Serantau YSEALI: Kepelbagaian, Inklusif dan Belia yang diadakan di Kuala Lumpur pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Malaysia merupakan contoh terbaik dalam mempamerkan konsep penerimaan kepelbagaian dan inklusif menerusi agenda pembangunan negara.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Ramona Mohd Razali berkata, slogan ‘Malaysia Truly Asia’ mencerminkan keunikan negara yang memiliki pelbagai kaum dan mampu menjalani kehidupan harmoni bersama.

Iklan
Iklan

"Perbincangan mengenai kepelbagaian dan inklusif lebih relevan masa kini terutama apabila pandemik Covid-19 yang telah mengehadkan penglibatan sosial kepada tetapan maya, sekali gus memisahkan individu daripada berinteraksi secara langsung.

"Ini kerana pada ketika ini, ramai antara kita terutamanya belia dan kanak-kanak menghadapi masalah untuk mengasimilasi serta melibatkan diri secara fizikal hingga menyukarkan mereka memahami orang lain.

Iklan

"Justeru KBS memuji inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) kerana menyediakan platform kepada belia untuk memahami, mendidik, berbincang, berkongsi amalan terbaik serta membangunkan pelan tindakan untuk mengukuhkan kepelbagaian dan inklusif dalam masyarakat,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Bengkel Serantau YSEALI: Kepelbagaian, Inklusif dan Belia pada Khamis.

Program selama tiga hari anjuran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Cultural Vistas itu disertai oleh 80 pemimpin muda berumur 18 hingga 35 tahun daripada negara-negara Asia, antaranya Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei, Filipina, Laos, dan Timor Leste.

Iklan

Sementara itu Timbalan Duta Besar AS ke Malaysia, Michael Newbill berkata, pihaknya sentiasa menyokong inisiatif kepelbagaian dan inklusif sekali gus akan terus memainkan peranan untuk memastikan matlamat program tercapai.

"Saya berharap bengkel ini menjadi platform kepada para peserta untuk mempelajari kepelbagaian, ekuiti dan inklusif negara-negara Asia, seterusnya mewujudkan rantaian yang membuka peluang kepada mereka untuk kepentingan masa depan,” katanya.