Kerajaan Pahang cadang tambah Rumah Rakyat

Iklan
Wan Rosdy menyerahkan surat tawaran kepada penerima pada Majlis Pelancaran RRP 2022 dan Penyerahan Surat Tawaran kepada penerima dari 42 DUN Pahang di sini pada Khamis.

KUANTAN - Kerajaan Pahang akan menambah bilangan Rumah Rakyat Pahang (RRP) bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya sasaran RM1 billion kutipan hasil kerajaan tahun ini tercapai.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ketika ini sebanyak enam RRP telah diluluskan untuk setiap DUN dan sebuah lagi bagi setiap Parlimen.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sekiranya hasil kerajaan negeri mencapai sasaran, bilangan RRP untuk setiap DUN akan ditambah menjadi lapan buah tahun hadapan bagi membolehkan rakyat yang layak memiliki rumah sendiri secara percuma.

"Secara keseluruhannya, sebanyak 269 RRP telah diluluskan melibatkan kos keseluruhan hampir RM20 juta.

Iklan

"Kerajaan negeri meneruskan projek pembinaan RRP tahun ini walaupun terpaksa menampung kenaikan kos pembinaan daripada RM65,000 kepada RM75,000 sebuah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran RRP 2022 dan Penyerahan Surat Tawaran kepada penerima dari 42 DUN Pahang pada Khamis.

Wan Rosdy (depan, enam dari kiri) bersama sebahagian penerima surat tawaran pada Majlis Pelancaran RRP 2022 dan Penyerahan Surat Tawaran kepada penerima dari 42 DUN Pahang pada Khamis

Iklan

Wan Rosdy berkata, sebagai tambahan, setiap penerima RRP juga akan menerima sumbangan RM2,000 untuk peralatan rumah bagi meringankan beban mereka memasuki rumah baharu.

"RRP diberi secara percuma kepada rakyat Pahang yang layak sejak 2019 bermula dengan dua buah rumah bagi setiap DUN sebelum ditingkatkan kepada enam rumah tahun ini.

"Pemilihan penerima ditentukan Jawatankuasa Pemilihan yang dipengerusikan Pegawai Daerah berdasarkan senarai nama dari wakil-wakil rakyat," katanya.

Beliau berkata, selain RRP, kerajaan negeri turut menyediakan beberapa projek perumahan bagi membantu rakyat memiliki rumah termasuk projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA).

"Sehingga 31 Mei lalu, kerajaan negeri telah meluluskan 169 projek PR1MA Pahang membabitkan pembinaan 42,965 unit rumah di bawah projek itu di seluruh Pahang," katanya.