Penantian penduduk Taman Muafakat Dulang berakhir

Iklan
Zahran (pertama, kanan) bergambar bersama bakal penghuni rumah Taman Muafakar Dulang.

YAN - Penantian penduduk Taman Muafakat Dulang bakal berakhir sebelum pertengahan bulan ini.

Penyelaras DUN Sungai Limau, Zahran Abdullah berkata, kehadiran Exco Perumahan Kedah, Tan Kok Yew ke kawasan perumahan tersebut telah mengumumkan yang penghuni bakal menerima kunci pada minggu kedua April ini.

Iklan
Iklan

Katanya, ini adalah satu keputusan yang menggembirakan hati bakal penghuni rumah berkenaan.

"Saya berterima kasih kepada YB Tan, yang sudi hadir bagi menyelesaikan isu ini hanya melalui perbincangan ringkas semalam," katanya.

Kawasan perumahan Taman Muafakat Dulang.

Iklan

Menurut Zahran, diharapkan bakal penghuni bersabar sedikit sahaja lagi dalam menghadapi situasi ini.

"Kita lihat ramai penghuni yang sudah membersihkan rumah masing-masing ekoran sudah mengetahui nombor rumah cuma kunci sahaja belum mereka peroleh.

Iklan

"Kita harap pada kali ini mereka tidak akan dikecewakan lagi dan kita sentiasa berusaha untuk memastikan apa yang mereka hajati dipenuhi," katanya.

Turut hadir Yang DiPertua Majlis Daerah Yan, Mohd Yusri Md Daud dan Penyelaras Parlimen Jerai Akramsyah Sanusi.

Projek perumahan yang dibina sejak 2016 untuk mangsa hakisan pantai di Kampung Kuala Dulang itu tertangguh sejak pertukaran tampuk pentadbiran kerajaan negeri.