Ngah Wanja akui tidak gembira raih satu mata

Iklan
Ronald Ngah Wanja (kanan) diasak pemain Sabah FC pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman pada malam Rabu. - Foto KDA FC

PENYERANG Kedah Darul Aman (KDA) FC, Ronald Ngah Wanja mengakui kurang gembira dengan keputusan seri 1-1 apabila diikat Sabah FC pada aksi Liga Super 2022 di Stadium Darul Aman pada malam Rabu.

Menurutnya, gol lewat The Rhinos telah meleburkan hasrat Sang Kenari untuk meraih mata penuh di laman sendiri walaupun semua pemain tuan rumah berusaha untuk keluar sebagai pemenang pada perlawanan tersebut.

Iklan
Iklan

"Gol yang diperolehi (dijaringkan olehnya) tidak penting kerana pasukan telah seri di laman sendiri pada perlawanan.

Sepatutnya kita meraih mata penuh dan saya fikir penyokong tidak gembira.

Iklan

"Pemain-pemain KDA FC juga tidak gembira dengan keputusan ini," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan Liga Ssuper di Stadium Darul Aman pada malam Rabu.

Ngah Wanja menceriakan lebih 5,000 penyokong tuan rumah apabila meledakkan gol seawal minit ke-6 perlawanan namun bekas pemain Kedah, Farhan Roslan memastikan pasukannya tidak pulang dengan tangan kosong apabila menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-84 perlawanan.

Iklan

Penyerang kelahiran Cameroon itu berkata, penyokong Sang Kenari perlu memberi ruang kepada pasukan tersebut untuk membina kembali kekuatan pasukan selepas berlaku transisi besar-besaran pada musim 2022.

Menurutnya, ramai pemain muda di dalam pasukan tersebut mempunyai kualiti untuk diketengahkan dan dia percaya KDA FC akan bertambah lebih baik pada musim hadapan.

"Pasukan akan mengambil masa untuk membangunkan pemain-pemain muda ini namun mereka berbakat.

Pengalaman tidak boleh dibeli jadi kita perlu memberikan ruang kepada mereka untuk bermain.

"Saya fikir pasukan ini akan mampu menjadi lebih baik pada musim hadapan berbanding musim ini," ujarnya.