U Mobile tawar pelan pascabayar sedia 5G

Iklan
Michael Tung

PENYEDIA perkhidmatan mudah alih, U Mobile memperkenalkan pelan pascabayar sedia 5G terbaharu menerusi U Postpaid 98 dan U Postpaid 68 yang direka khusus bagi menawarkan pelanggan ciri menyeluruh dengan nilai terunggul.

Ia termasuk menawarkan 1,000 gigabyte (GB) data berkelajuan tinggi tanpa had, perantauan antarabangsa percuma, memiliki pilihan peranti 5G menerusi kemudahan ansuran faedah zero peratus serta perkongsian data bersama ahli keluarga sehingga enam talian melalui ‘U FamilyShare’.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Navin Manian berkata, berdasarkan penyelidikan yang dilakukan, pihaknya mendapati dalam tempoh dua tahun selepas pandemik bermula keperluan pelanggan berkembang malah permintaan hubungan mudah alih semakin meningkat dengan ketara.

Navin Manian

Tambah beliau, penggunaan data daripada rakyat Malaysia juga dikatakan meningkat sehingga 47 peratus.

Iklan

"Kedua-dua pelan baharu ini lengkap dari aspek perkhidmatan dengan kesemua data berkelajuan tinggi yang diperlukan pengguna.

"Selain itu, ia mudah diakses dari segi harga, menyediakan rangkaian 5G dan memenuhi keperluan keseluruhan keluarga terutama dalam keadaan ekonomi yang sukar ini,” katanya pada Majlis Pelancaran Pelan Pascabayar U Mobile yang baharu, di sini pada Khamis.

Iklan

Mengulas dengan lebih terperinci mengenai pelan yang ditawarkan itu, Ketua Bahagian Perniagaan Pengguna, Michael Tung pula berkata, U Mobile merupakan syarikat telekomunikasi pertama yang menawarkan 1,000GB data berkelajuan tinggi dengan harga RM98 sebulan menerusi U Postpaid 98.

Michael Tung

"Pelanggan yang sedang mencari peranti 5G baharu juga mempunyai pilihan mendapatkan peranti secara ansuran dengan faedah bulanan serendah zero peratus menerusi kemudahan ‘U PayLater’ atau dengan ‘U SaveMore’ yang menawarkan lebih penjimatan untuk peranti.

"Bagi pelan U Postpaid 68 pula, ia sesuai untuk individu yang inginkan nilai terbaik. Dengan hanya RM68 sebulan, pelanggan memperoleh 100GB data berkelajuan tinggi, 5G,” katanya.

Tambah Michael, kedua-dua pelan pascabayar baharu itu juga sedia memenuhi keinginan rakyat Malaysia sewaktu melancong dengan menawarkan data perantauan 15GB percuma setiap bulan di 63 lokasi terpilih.

"Antaranya ialah United Kingdom, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Portugal, Turkiye, Thailand dan Singapura.

"Selain data perantauan percuma, pelanggan juga akan menikmati panggilan masuk perantauan percuma dari mana-mana 63 destinasi tersebut,” katanya.