Cukup-cukuplah ‘memperbodohkan’ diri sendiri

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

TAK habis-habis dengan kontroversi. Itulah yang sinonim dengan seorang usahawan terkenal ini.

Selepas mencipta kontroversi, si ibu akan menegur perbuatan anaknya itu tetapi peliknya, teguran si ibu biasanya melalui media sosial.

Iklan
Iklan

Kemudian, usahawan berkenaan akan tampil memohon maaf sambil menangis sakan dan berjanji tak buat lagi.

Sekali dua mungkin okey tetapi lama-lama kita pun jadi meluat dan jelik bila dah kerap sangat skrip sama diulang-ulang, seolah-olah untuk marketing, gila perhatian atau mahu mencari publisiti murahan.

Iklan

Baru-baru ini sekali lagi dia bikin kontroversi tetapi kali ini Merak Jalanan rasa ia sangat melampau dan biadab.

Dia tampil dengan muzik video berpakaian sekolah, dibantu pula oleh dua ‘pelakon sampingan’.

Iklan

Mereka melakonkan watak pelajar dan guru tetapi pengisiannya sangat memalukan.

Dalam muzik video itu, ‘pelajar perempuan’ duduk di belakang ‘guru’ yang merangkak seperti haiwan dan mereka berada di dalam kelas. Entah sekolah mana yang diterjahnya.

Bayangkan, profesion guru amat mulia, dihormati dan disanjung tinggi tetapi muzik video itu merendahkan martabat golongan pendidik.

Sebenarnya, Merak Jalanan kasihan melihat usahawan terkenal itu. Mungkin dia terperangkap dalam populariti dan kekayaan sehingga ‘membutakan mata dan hatinya’.

Hilang rasa malu dan sanggup menghina serta memperbodohkan diri sendiri. Entah apalah yang dia cari dalam kehidupannya itu.

Kaya adalah ujian, miskin juga adalah ujian ALLAH SWT. Merak Jalanan berdoa semoga suatu hari nanti dia akan insaf dan diberikan hidayah.

Adalah lebih baik jika dia fokus sahaja kepada dunia perniagaan yang dibinanya selama ini daripada ’mengarut’ di media sosial.

Semoga kita juga dijauhi daripada perkara-perkara sebegini.