Bayi 4 bulan maut, pengasuh warga Indonesia ditahan

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

AMPANG - Seorang wanita warga Indonesia ditahan dipercayai terlibat dalam kes kematian bayi lelaki di bawah jagaannya dalam kejadian di sebuah kondominium di Taman Cempaka di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, laporan berkaitan kematian mangsa yang berumur empat bulan itu dibuat seorang Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Ampang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa dibawa ke sebuah klinik di Pandan Indah sebelum dibawa ke Hospital Ampang.

"Semasa tiba di Hospital Ampang, mangsa didapati sudah tidak bernyawa. Bantuan kecemasan diberikan bagaimanapun mangsa menunjukkan tanda-tanda kematian yang sudah lama.

Iklan

"Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 6.35 petang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, siasatan awal dijalankan kemudian membawa kepada tangkapan seorang wanita warga Indonesia yang merupakan pengasuh mangsa.

Iklan

"Suspek yang berumur 26 tahun diberkas kira-kira jam 10.30 malam oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Menurutnya, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

"Suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Ampang bagi proses reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001," katanya.