Takut ALLAH tak maafkan saya: Atiq Azman

Iklan
PELAKON meningkat naik menerusi drama rantaian popular, Nur, Atiq Azman, 19, mengakui kesalahan ketika dalam membaca ayat suci al-Quran menerusi episod pertama edisi kedua drama berkenaan, Selasa lalu.

Menurut Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah atau Atiq Azman, berterima kasih kepada mereka yang tampil menegur kesalahannya.

Meskipun mengharap akan kesalahannya dimaafkan oleh masyarakat, namun apa yang ditakutinya adalah ALLAH kerana sedar pembacaan ayat suci tidak boleh diambil ringan.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


"Minta maaf atas segala kesalahan yang saya lakukan. Terima kasih siapa yang menegur. Ya ayat al-Quran kita tidak boleh saja-saja baca takut lari maksud.

"Atiq terlalu yakin dengan bacaan sampaikan salah Atiq baca. Minta maaf kerana tidak sengaja saya terbaca begitu. tterima kasih sekali lagi atas teguran semua dan Atiq tak takut jika orang lain tahu perkara ini sebab akan Atiq jadikan satu pengajaran.

"Tapi Atiq takut ALLAH tidak memaafkan Atiq sekiranya berdiam diri dan tidak memberi satu tindakan yang Atiq salah baca, itu yang Atiq takut,"
luahnya.

Dengan pengakuan itu, selaku pengarah drama bersiri Nur Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali Budak Ijat, akan tampil untuk membuat rakaman semula bagi membetulkan babak berkenaan selain berasa kagum dengan keberanian Atiq.