Forest bersemangat berdepan Everton

Iklan
Cooper. - foto Getty Images

KEMENANGAN 1-0 ke atas West Ham 14 Ogos lalu membuatkan pengendali Nottingham Forest, Steve Cooper yakin skuad kendaliannya itu telah mendapat suntikan semangat terbaik menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Everton di Goodison Park, pada Sabtu.

Menurut Cooper, kesebelasan pemain The Reds itu dilihat begitu bersemangat pada sesi latihan semalam (kelmarin), dan rata-ratanya sudah bersedia untuk aksi berdepan The Toffees.

Iklan
Iklan

"Kita gembira menyaksikan pemain begitu bersemangat untuk berdepan Everton dan kita juga menerima khabar gembira di mana tidak ada laporan mengenai kecederaan serius dalam kalangan pemain.

"Kemenangan ke atas West Ham minggu lalu ternyata menjadikan pemain semakin bersemangat dan bermotivasi untuk beraksi.

Iklan

"Oleh itu, diharapkan momentum ini bekal berterusan untuk kami melakar satu lagi kejayaan kali ini,” katanya.

Untuk rekod, Forest tewas 0-2 kepada Newcastle United pada aksi sulung musim ini sebelum menang 1-0 ke atas West Ham minggu lalu.

Iklan

Sementara itu Cooper berkata, penyerang Taiwo Awoniyi sekali diharapkan untuk menjadi pemusnah kepada Everton dengan merobek gawang lawan kali ini.

Katanya, Awoniyi juga bakal dibantu pemain-pemain baharu seperti Emmanuel Dennis, Remo Freuler dan Cheikhou Kouyate selain kembalinya Ryan Yates.

"Sebenarnya, mana-mana perlawanan di EPL adalah sukar namun kami akan terus mencuba dengan sedaya upaya untuk melakar kejayaan dan dengan kekuatan yang kami miliki,” katanya.